Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Derma Darah Kini Boleh Dilakukan Mulai 10 Pagi Hingga 10 Malam

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penderma darah kini boleh ke hospital dan klinik berhampiran kediaman mereka bermula jam 10 pagi hingga 10 malam berkuatkuasa serta merta.

derma darah kini boleh dilakukan mulai 10 pagi hingga 10 malam

Keputusan ini dibuat selepas pihaknya mendapati bekalan Tabung Darah Negara berkurangan sejak pelaksanaan PKP bulan lalu.

Advertisement

"Mesyuarat hari ini dimaklumkan bahawa bekalan darah di Tabung Darah Negara berkurangan sebanyak 33 peratus sejak pelaksanaan PKP.

"Pusat Darah Negara telah memohon kebenaran untuk beroperasi dan membenarkan pergerakan penderma menderma darah," katanya dalam sidang media hari ini.

Sumber: Awani

ERA Muzik Hit Terkini