Jika sebelum ini, kemunculan Ketua Pengarah Kesihatan sering dilihat di kaca TV bagi memberikan perkembangan terkini wabak COVID-19, kali ini ia sedikit berbeza.
Kali ini, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah muncul pula sebagai satu watak animasi bersama wira kanak-kanak popular, BoboiBoy dan rakan-rakan.
Advertisement
Video seminit terbitan Monsta itu diterbitkan khas sebagai khidmat pesanan masyarakat yang memaparkan Dr Noor Hisham dan BoboiBoy melawan pandemik COVID-19.
Adik-adik semua, hero adik-adik dah amalkan 𝗖𝗔𝗣𝗣 bersama Ketua Pengarah Kesihatan. Jadi adik-adik pun kena amalkan juga ya.
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) October 22, 2020
Mak dan ayah, jangan lupa sampaikan pesanan 𝗖𝗔𝗣𝗣 ni pada anak-anak kecil ya.
Kita boleh putuskan rantaian jangkitan COVID-19 ni! pic.twitter.com/cnYHOQjCRA
Hasil inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ini mempunyai tujuannya tersendiri, iaitu bagi mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat betapa pentingnya menjaga kebersihan diri dan patuh kepada SOP norma baharu.
CAPP dalam video tersebut juga membawa maksud tersendiri, iaitu:
C- Cegah COVID-19 dengan mendidik keluarga dan komuniti
A- Amalkan tingkah laku yang baik bagi melindungi diri daripada jangkitan
P- Patuhi SOP dan arahan yang ditetapkan
P- Pantau kesihatan diri bagi pastikan anda tidak bergejala