Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Akibat Video Tik Tok, Dua Pelatih Hospital Di Buang Kerja

Dua orang pelatih fisioterapi di India terpaksa disingkirkan daripada menjalani perantisan gara-gara video Tik Tok yang dirakam dijabatan fisioterapi hospital berkenaan.

akibat video tik tok, dua pelatih hospital di buang kerja

Advertisement

Video Tik Tok yang tular sejak Jumaat lalu menunjukkan dua pelatih terbabit, M Shyam dan Veena Kumar menari sambil menyanyikan beberapa buah lagu.

akibat video tik tok, dua pelatih hospital di buang kerja

Pelatih berkenaan telah mendaftar untuk mengikuti latihan selama setahun di hospital terbabit dan mereka mendakwa video terbabit dirakam tiga bulan selepas selesai menjalani tugas.

"Kedua-duanya bukan dari Hospital Gandhi.Kami telah membatalkan latihan mereka kerana tingkah laku cuai selain menghantar notis kepada pihak jabatan fisioterapi mengenai isu ini.

"Pelajar kami tidak terlibat dalam aktiviti sedemikian,"
kata Dr P. Sravan Kumar, Superintendan Hospital Gandhi.

Terdahulu, seorang pekerja kontrak di Perbadanan Perbandaran Khammam telah ditukarkan jabatan serta potong gaji gara-gara video Tik Tok nya menjadi tular.

Sumber: Awani

akibat video tik tok, dua pelatih hospital di buang kerja

ERA Muzik Hit Terkini