Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Tahanan Penjara AS Diseksa Dengar Lagu Baby Shark Tanpa Henti

Dua orang bekas pegawai penjara termasuk seorang penyelia penjara di Oklahoma, Amerika Syarikat telah dituduh menyeksa banduan dengan cara berbeza.

tahanan penjara as diseksa dengar lagu baby shark tanpa henti

Menurut laporan, Gregory Cornell Butler Jr. dan Christian Charles Miles semasa khidmat mereka dituduh mengikat banduan di dinding sambil memaksa mereka mendengar lagu Baby Shark tanpa henti selama dua jam.

Advertisement

Memetik laporan LadBible, dua pegawai penjara itu bertindak sedemikian bagi memberi pengajaran kepada banduan kerana masalah tatatertib dalam pusat tahanan.

Tambah lagi, sejak November hingga Disember tahun lalu, lima orang banduan telah menerima hukuman ini.

Bagaimanapun, menurut penyelia kepada pegawai penjara bertugas, hukuman ini dianggap baik bagi mendisiplinkan banduan.

Terdahulu, hukuman mendengar lagu Baby Shark bukanlah pertama kali dilakukan kerana pegawai di Florida pernah memainkan lagu ini pada tahun 2019 bagi menghalau gelandangan yang tidur di tepi jalan.

Korang selalu dengar lagu Baby Shark ke?

Sumber: Ladbible

ERA Muzik Hit Terkini