Skip to main content

Advertisement

Hiburan

14 Ahli Keluarga Positif COVID-19 Lepas Makan-Makan Sebab Lama Tak Jumpa

Seramai 14 individu daripada sebuah keluarga besar disahkan positif COVID-19, manakala seorang lagi meninggal dunia selepas menghadiri majlis makan-makan dan perjumpaan kecil bagi meraikan tamatnya perintah berkurung di Dallas, Amerika Syarikat.

14 ahli keluarga positif covid-19 lepas makan-makan sebab lama tak jumpa

Majlis kecil-kecilan yang dianjurkan oleh lelaki bernama Tony Green itu adalah selepas berbulan-bulan mereka tidak bertemu ekoran daripada penularan COVID-19.

Advertisement

Namun tidak sangka mereka dijangkiti selepas menghadiri majlis makan-makan berkenaan, sehingga menyebabkan 14 daripada mereka positif COVID-19.

Ayah mentua Tony, Rafael Ceja kini terpaksa bergantung kepada mesin bantuan pernafasan, manakala ibu kepada Ceja pula dilaporkan terkorban akibat wabak tersebut.

Tony yang merasa terkilan kerana mengadakan majlis berkenaan, kini terpaksa menerima rawatan di hospital bersama saudaranya yang lain.

Sumber: Metro UK

ERA Muzik Hit Terkini