Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Akibat Buka Keranda Mayat Pesakit COVID-19, 15 Lagi Penduduk Kampung Dijangkiti

Akibat daripada membuka keranda, malah menguruskan sendiri pengebumian mayat pesakit COVID-19, seramai 15 penduduk di Kampung Jati Mukim Waru, Sidoarjo Indonesia turut dijangkiti.

akibat buka keranda mayat pesakit covid-19, 15 lagi penduduk kampung dijangkiti

Insiden berkenaan nyata dikesali oleh Gabenor Jawa Timur, Khofifah Indar Parawansa.

Advertisement

"Kejadian ini mengakibatkan beberapa penduduk di sebuah mukim di Waru mati akibat COVID-19.

"Ini kerana keluarganya membuka keranda, bahkan memandikan mayat sehingga ada yang dijangkiti," kata Khofifah menerusi Detik News.

Menurut beliau, hanya pekerja kesihatan yang memakai pakaian khas sahaja dibenarkan menguruskan serta memandikan mayat yang dijangkiti COVID-19.

Selepas insiden terbabit, ujian pengesanan dijalankan kepada penduduk kampung berkenaan dan mengesahkan seramai 15 orang dijangkiti COVID-19.

Beliau juga berharap agar insiden itu tidak lagi berulang dalam usaha menangani penularan wabak koronavirus dinegara berkenaan.

Sumber: Detik News

ERA Muzik Hit Terkini