Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pengguna TikTok Dikecam Buat Cabaran Koronavirus Sambil Jilat Mangkuk Tandas

Demi menjadi popular, seorang pengguna aplikasi TikTok telah mendapat kecaman ramai kerana memperkenalkan cabaran #CoronavirusChallange.

pengguna tiktok dikecam buat cabaran koronavirus sambil jilat mangkuk tandas

Cabaran yang diperkenalkan oleh Ava Louise, 22 menunjukkan beliau menjilat mangkuk tandas yang dikatakan telah dibersihkan sebagai tanda ia selamat untuk digunakan dan bebas dari sebarang virus COVID-19.

Advertisement

pengguna tiktok dikecam buat cabaran koronavirus sambil jilat mangkuk tandas

Video yang mulai tular sejak hujung minggu lalu ini mendapat kecaman ramai dan menyifatkan wanita itu sebagai kurang cerdik dan sanggup menunjukkan kebodohan demi menjadi popular di media sosial.

Malah, ada yang menyifatkan Ava sebagai mempermainkan virus yang semakin tular ini.

Dalam pada itu, Ava menerusi Twitter mengatakan itu bukanlah perkara yang paling buruk yang pernah dilakukannya.

Apa pendapat anda?

Sumber: Daily Star

ERA Muzik Hit Terkini