Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pengembara Bumi Rata Ditahan Lepas Cuba Berlayar Hingga ‘Penjuru Dunia’

Dua pengembara bumi rata telah ditahan selepas cuba untuk berlayar hingga hujung dunia, atas kesalahan melanggar arahan perintah berkurung.

pengembara bumi rata ditahan lepas cuba berlayar hingga ‘penjuru dunia’

Pasangan dari Venetia, Itali itu sedang dalam perjalanan bagi membuktikan kewujudan ‘penjuru dunia’, ketika negara Itali masih lagi dalam perintah berkurung akibat COVID-19.

Advertisement

Menurut akhbar tempatan, pasangan berkenaan ditahan di Lampedusa dekat selatan Sicily, yang dikatakan kawasan ‘penjuru dunia’.

pengembara bumi rata ditahan lepas cuba berlayar hingga ‘penjuru dunia’

Tambah lagi, bagi membuktikan teori bumi rata mereka adalah benar, mereka sanggup menjual kereta bagi membeli bot untuk dibawa ke kawasan yang dikatakan adalah penghujung bumi.

Namun usaha mereka gagal selepas kapal yang dilayarkan tidak pergi jauh kerana tersesat di tengah lautan akibat menggunakan kompas magnetik biasa.

Mereka ditahan pihak berkuasa atas kesalahan melanggar arahan perintah berkurung dan perlu kuarantin atas bot mereka selama 15 hari.

Sumber: Daily Star

ERA Muzik Hit Terkini