Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Budak Nyaris Maut Terbang Ditarik Layang-Layang Gergasi

Menakutkan! Itu yang boleh digambarkan kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun selepas terbang dibawa layang-layang gergasi setinggi 9 meter di udara.

budak nyaris maut terbang ditarik layang-layang gergasi

Kejadian yang berlaku di Indonesia pada 1 Disember lalu melaporkan kanak-kanak itu bermain layang-layang bersaiz tiga kali ganda lebih besar daripada tubuhnya.

Advertisement

Selepas menerbangkan layang-layang, beliau yang memegang tali penyambung terus ditarik ke udara sambil disaksikan beberapa individu di lokasi kejadian.

Selang beberapa saat berada di udara, tali penyambung putus lalu dia terjatuh ke atas tanah.

Mangsa dikejarkan ke hospital dan terpaksa menjalani dua pembedahan selepas patah beberapa tulang.

Sumber: Coconut.id

ERA Muzik Hit Terkini