Insiden awal pagi tadi mengejutkan ramai peminat sukan tenis apabila Novak Djokovic telah disingkirkan daripada Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS).

Advertisement
Ia susulan insiden terpukul bola ke arah penjaga garisan, menyebabkan penyertaan pemain nombor satu dunia itu dibatalkan.
Susulan insiden ini, Djokovic telah memohon maaf dan akan belajar daripada insiden terbabit.

"Seluruh situasi itu telah membuatkan saya berasa amat sedih dan kosong. Saya memeriksa keadaan penjaga garisan itu dan pihak penganjur berkata mujurlah dia berasa okey.
"Saya benar-benar memohon maaf kerana mencederakannya. Saya amat tidak berniat. Ia amat salah. Saya tidak mahu mendedahkan namanya bagi menghormati privasinya.
"Dengan pembatalan penyertaan ini, saya perlu segera pulang untuk meredakan kekecewaan saya dan mengubah segala yang terjadi ini kepada satu pembelajaran untuk perkembangan dan evolusi saya sebagai seorang pemain dan manusia.
"Saya memohon maaf kepada Kejohanan @usopen dan semua yang terkesan dengan tindakan saya.
"Saya amat berterima kasih kepada pasukan dan keluarga saya kerana menjadi kekuatan saya dan seluruh peminat saya kerana sentiasa berada bersama saya.
"Terima kasih dan saya mohon maaf," katanya katanya dalam satu hantaran di Instagram.

Insiden ini berlaku dalam perlawanan pusingan 16 antara Djokovic menentang Pablo Carreno Busta.
Sumber: Awani