Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Dua Doktor China Bertukar Warna Kulit Selepas Dijangkiti COVID-19

Dua doktor dari negara China yang dijangkiti wabak COVID-19 dilaporkan telah bertukar warna kulit mereka selepas bertarung nyawa dengan jangkitan tersebut.

dua doktor china bertukar warna kulit selepas dijangkiti covid-19

Pada mulanya Dr Yi Fan dan Dr Hu Weifeng, dilaporkan dijangkiti wabak terbabit selepas merawat pesakit mereka di Wuhan Central Hospital pada Januari lalu.

Advertisement

Selepas mendapatkan rawatan, kulit doktor ini bertukar warna menjadi lebih gelap daripada biasa. Ia adalah disebabkan hormon tidak stabil pada hati mereka disebabkan jangkitan virus, seperti yang dilaporkan oleh media dari China.

dua doktor china bertukar warna kulit selepas dijangkiti covid-19

Kedua-dua doktor ini juga antara doktor yang bekerja bersama Dr Li Wenliang, iaitu doktor yang mula-mula memberi amaran tentang kehadiran wabak COVID-19 pada akhir tahun lalu, dan meninggal dunia pada 7 Februari.

dua doktor china bertukar warna kulit selepas dijangkiti covid-19

Menurut doktor yang merawat kedua pesakit ini, antara sebab lain yang memungkinkan terjadinya perubahan warna kulit adalah kesan daripada ubat yang diberikan ketika rawatan. Ubat berkenaan dikatakan menganggu fungsi hati.

Tambahnya lagi, warna kulit kedua-dua doktor ini akan kembali normal selepas hatinya mula berfungsi dengan baik apabila sudah kembali pulih.

Sumber: Metro UK

ERA Muzik Hit Terkini