Sojan, 22, telah hilang ibu jari dan beberapa jari lain di tangan kanannya selepas beliau terlibat dalam kemalangan di Kerala, Selatan India.
Disebabkan kemalangan terbabit, Sojan tidak mampu memegang objek dan tidak boleh meneruskan kerjanya sebagai pembuat air di sebuah restoran.
Advertisement
Tidak berputus asa, Sojan menemui seorang doktor pakar dari sebuah hospital swasta dan doktor tersebut menemui cara untuk menggantikan jari tangannya yang hilang, iaitu menggantikan ia dengan jari kaki.


Pembedahan bagi menggantikan jari tangannya dengan jari kaki memakan masa kira-kira 8 jam dan kini Sojan boleh memegang dan mengenggam objek menggunakan tangannya seperti manusia biasa.

Sumber: Mirror