Sebatang gigi telah berjaya dikeluarkan oleh seorang doktor gigi dan menariknya ia bakal dimasukkan dalam buku rekod dunia.

Doktor gigi dari Jerman, Dr Max Lucas berjaya mencabut gigi daripada pesakitnya, Mijo Vodopija, dengan ukuran hampir 4 sentimeter panjang.
Advertisement
Dr Lukas memberitahu, pada mulanya pesakit berkenaan datang bagi melakukan pemeriksaan kerana bengkak pada bahagian dalam mulut.

Selepas melakukan pemeriksaan X-ray, Dr Lukas tidak menyangka ia akan mempunyai panjang sedemikian.
Terdapat jangkitan pada sekitar gigi terbabit, membuatkan Dr Lukas tidak punyai pilihan lain selain mencabut ia keluar.

Lelaki terbabit akan dimasukkan namanya dalam Guinness World Records sebagai manusia yang mempunyai gigi paling panjang di dunia, menewaskan rekod terdahulu oleh seorang lelaki daripada India.
Secara purata, gigi manusia mempunyai panjang kira-kira 1.5 sentimeter hingga ke akar.