Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilihat berkesan kerana ia berjaya menurunkan jumlah jangkitan berbanding jangkaan yang dibuat sebelum ini.
Walaupun kerajaan sudah memaklumkan PKP dilanjutkan kepada 28 April, namun kebelakangan ini dilihat beberapa kawasan mulai sesak dan semakin banyak kenderaan berada diatas jalan raya.
Advertisement

Memetik hantaran oleh seorang doktor yang berkhidmat di sebuah hospital di Seremban, Dr Ahmad Luqman Bukhari berkata, semakin banyak kereta dapat dilihat membanjiri Bandar Seremban sejak dari awal pagi semalam.
Beliau meluahkan rasa bimbang ekoran penambahan kenderaan atas jalanraya ini, tambah pula dengan penambahan 41 kes kes baru positif COVID-19 dicatatkan hanya di Seremban, menjadikan jumlah kes positif di kawasan berkenaan sebanyak 260 kes.

Tambah beliau kagi, sekiranya orang ramai masih bersikap sambil lewa dan bangga dengan sikap mementingkan diri, ia secara tidak langsung menzalimi orang ramai lebih-lebih lagi kepada petugas kesihatan.
Beliau juga berharap agar kita sama-sama menasihati ahli keluarga dan sahabat terdekat agar sentiasa patuh kepada arahan duduk rumah supaya wabak ini dapat dibendung sepenuhnya kelak.
Sumber: Facebook Dr Ahmad Luqman Bukhari