Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Sementara Doktor Ini Tunggu Nak Lahirkan Bayi Sendiri, Dia Sempat Sambut Bayi Pesakit Lain Dulu

Seorang doktor di United State, sedang menunggu untuk melahirkan bayi nya sendiri dalam ward di sebuah hospital di Frankfort, Kentucky.

sementara doktor ini tunggu nak lahirkan bayi sendiri, dia sempat sambut bayi pesakit lain dulu

Ketika dalam ward berkenaan, doktor tersebut terdengar seorang pesakit sedang dalam kesakitan untuk melahirkan bayi. Sementara itu, doktor yang sepatutnya merawat pesakit berkenaan sedang dalam perjalanan ke hospital berkenaan.

Advertisement

Dr. Amanda Hess segera mencapai pakaian dan mengambil alih tugas berkenaan dan bayi daripada pesakit itu berjaya dilahirkan.

Selepas menyambut kelahiran bayi berkenaan, Dr. Amanda kembali ke ward beliau dan juga selamat melahirkan seorang bayi perempuan.

sementara doktor ini tunggu nak lahirkan bayi sendiri, dia sempat sambut bayi pesakit lain dulu

Sumber: Mashable

ERA Muzik Hit Terkini