Seorang doktor yang dikenali sebagai Dr Liang Wudong yang menjadi barisan pertama merawat pesakit wabak Coronavirus di China, kini dilaporkan telah meninggal dunia.
Memetik laporan daripada China Global Television Network, doktor yang berusia 62 tahun itu telah dijangkiti wabak tersebut selepas memberikan rawatan kepada pesakit Coronavirus di Hubei Xinhua Hospital, lalu meninggal dunia awal pagi tadi.
BREAKING: Doctor who was treating coronavirus in China has died of the virus
— The Spectator Index (@spectatorindex) January 25, 2020
一线的医生崩不住了,边吃饭边哭 pic.twitter.com/yT6zX2DU1J
— Lazzaro🐘 (@lazzaroasis) January 24, 2020
Advertisement
Setakat ini, sebanyak 14 buah negara diseluruh dunia telah dijangkiti wabak Coronavirus, dan Malaysia juga berada dalam senarai dengan tiga kes dilaporkan positif.
Negara yang disahkan mempunyai wabak tersebut adalah China, Amerika Syarikat, Perancis, Jepun, Korea Selatan, Taiwan, Singapura, Thailand, Australia, Nepal, Vietnam, Hong Kong, Macau, dan Malaysia.
Sumber: Reuters