Seorang lelaki dari India terpaksa menahan sakit dan sengsara selepas doktor tertinggal gunting dalam perutnya selepas pembedahan.

Sireekapu Chalapathi, 45, menjalani pembedahan apendik dan terpaksa memotong bahagian ususnya. Pembedahan berjalan dengan lancar, namun tidak menyangka akan merasa sakit pada bahagian perut selama 3 minggu selepas daripada pembedahan.
Advertisement

Beliau kembali ke hospital untuk pemeriksaan dan terkejut apabila mendapati terdapat gunting jelas kelihatan dalam perutnya.
Pihak hospital segera membuang gunting daripada pesakit itu dan mengambil tindakan susulan atas apa yang terjadi.
Insiden tertinggal peralatan pembedahan seperti ini bukanlah kali pertama terjadi. Sebelum ini, doktor pembedahan pernah juga tertinggal besi, forcep, tuala dan kain dalam badan pesakit.



Sumber: Times of India