
Selepas kunci kereta, Unit Siasatan Forensik Sub Akuatik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menemukan dompet pula yang dipercayai milik mangsa sekitar jam 12.20 tengah hari di Sungai Trolak Kampung Batu 4, Slim River.
Advertisement
Dompet berkenaan ditemukan kira-kira lima meter dari lokasi kunci berkenaan ditemukan.
Ketika ditanya oleh wartawan sama ada kad pengenalan (MyKad) mangsa ada dalam dompet berkenaan atau tidak, penyelam tersebut memaklumkan bahawa kad pengenalan tersebut ada di dompet tersebut.
Pasukan penyelam kemudian menamatkan operasi pencarian pada jam 1 tengah hari selepas berpuas hati dengan operasi pencarian hari ini.
Sumber: Bernama