Banyak kepercayaan dan amalan yang menjadi ikutan ramai dalam kehidupan ini, khasnya yang melibatkan soal kesihatan. Ada yang boleh diikuti namun ada juga sebaliknya kerana bertentangan dengan fakta sebenar menerusi kajian sains.
Begitu juga yang dikongsikan oleh Dr. Amalina Bakri menerusi laman Twitter yang membidas sesetengah ‘fahaman’ kononnya urat boleh kembang selepas meminum air sejuk.
Advertisement

“Saya nak tanya, siapa yang ajar urat jadi kembang, rahim jadi kembang lepas minum air sejuk ni....rahim tu macam sponge ka boleh serap air senang-senang? Berleluasa sangat dah ajaran ni... parah. Oh my biology!”, ujar Dr. Amalina sambil berkongsi screenshot komen ‘ajaran’ yang dikongsikan netizen menerusi laman sosial.
Saya nak tanya, siapa yang ajar urat jadi kembang, rahim jadi kembang lepas minum air sejuk ni....rahim tu macam sponge ka boleh serap air senang-senang? Berleluasa sangat dah ajaran ni... parah. Oh my biology! pic.twitter.com/LBuE0otzUu
— Dr. Amalina (@DrAmalinaBakri) June 30, 2020
Sebelum ini juga, pernah wujud segelintir masyarakat yang percaya kononnya meminum air sejuk ia akan memberi kesan kepada organ dalaman.
Doctor, saya nak clarify satu benda... cousin saya lepas bersalin panjang minum air sejuk 2 tahun untuk pastikan bawah tu ok.. soalan sy, ada kaitan ke minum air sejuk selepas bersalin dengan yg bawah tu..
— Dropship Hennaline (@hennabycah) June 28, 2020
Namun sebenarnya menurut konsep ‘thermoregulation’ dan ‘core body temperature’, suhu air sama ada sejuk atau panas, akan berubah menjadi suhu badan apabila ia masuk ke dalam sistem pencernaan.
Anda minum air sejuk ke, air suam ke, apa yang anda minum akan berubah jadi suhu badan apabila masuk ke dalam sistem pencernaan. Tidak ada kena mengena langsung. https://t.co/Jmh60fwf4X
— Dr. Amalina (@DrAmalinaBakri) June 28, 2020
Justeru, fahaman mengenai kesan air sejuk kepada organ dalaman badan kita ini perlulah diperbetulkan agar tiada lagi ‘fahaman sesat’ yang boleh menakutkan orang ramai.
Dapatkan nasihat doktor dan pakar perubatan sekiranya anda mempunyai kemusykilan ya!
Sumber: Twitter Dr Amalina