Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Tular Konon Hand Sanitiser Tak Boleh Guna Lawan Coronavirus, Dr. Amalina Jawab Persoalan Warganet

Baru-baru ini tular satu kenyataan kononnya hand sanitiser atau pencuci tangan antiseptik tidak mampu melawan coronavirus atau Covid-19.

tular konon hand sanitiser tak boleh guna lawan coronavirus, dr. amalina jawab persoalan warganet

Memetik hantaran oleh Dr. Amalina Che Bakri di Twitter, beliau menjelaskan bahawa hand sanitser yang mengandungi 60 hingga 95% kandungan alkohol adalah berkesan bagi melawan penularan Covid-19.

Advertisement

Hand sanitiser hanyalah digunakan sebagai penganti sementara jika anda tidak sempat membasuh tangan dengan air dan sabun.

Dalam pada itu, Centers for Disease Control and Prevention (CDC) juga menasihatkan antara langkah bagi mencegah penularan Covid-19 ini adalah seperti:

1. Elakkan berhubung terus dengan mereka yang dijangkiti.

2. Elakkan menyentuh mata, hidung dan mulut dengan tangan yang tidak bersih.

3. Berada dalam rumah jika anda sakit.

4. Tutup mulut dengan tisu jika anda batuk atau bersin.

5. Bersihkan objek dan permukaan dengan spray dan alat pembersih.

6. Gunakan topeng penutup mulut.

7. Kerap basuh tangan dengan air dan sabun sekurang-kurangnya 20 saat. Jika tidak, gunakan hand sanitiser yang mengandungi sekurang-kurangnya 60% kandungan alkohol.

Sumber: Twitter Dr Amalina / CDC

ERA Muzik Hit Terkini