Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pakai Mask Di Dagu, Dr Noor Hisham Tegur Tabiat Segelintir Orang Pakai Pelitup Muka

Pemakaian pelitup muka atau face mask bagi mengekang penularan wabak COVID-19 adalah amat digalakkan khasnya ketika berada ditempat awam.

pakai mask di dagu, dr noor hisham tegur tabiat segelintir orang pakai pelitup muka

Advertisement

Namun, semakin hari orang ramai dilihat bersikap acuh tak acuh dalam membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyekat penularan wabak ini, termasuklah memakai topeng muka pada dagu.

pakai mask di dagu, dr noor hisham tegur tabiat segelintir orang pakai pelitup muka

Memetik hantaran oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, beliau mengingatkan orang ramai agar memakai topeng muka dengan betul dan bukannya pada dagu.

“Pakai pelitup muka dengan betul, atau tanggalkan sepenuhnya,” tulis beliau pada hantaran berkenaan.

pakai mask di dagu, dr noor hisham tegur tabiat segelintir orang pakai pelitup muka

Poster tersebut juga menyarankan agar orang ramai menanggalkan topeng muka apabila makan, minum dan membuat sebarang aktiviti yang memerlukan seseorang itu untuk membuka topeng muka, dan bukannya meletakkan pada dagu kerana bakteria yang ada pada dagu boleh mencemarkan topeng individu berkenaan.

Tambah lagi, KKM buat masa ini belum ada perancangan mahu mewajibkan pemakaian topeng muka dalam usaha mengelakkan berlakunya gelombang baharu COVID-19. Sebaliknya, ia adalah berdasarkan inisiatif rakyat itu sendiri untuk mengamalkannya.

Sumber: Awani

ERA Muzik Hit Terkini