Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Dr Noor Hisham Diiktiraf Antara Tiga Doktor Terbaik Di Dunia

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mendapat pengiktirafan khas apabila termasuk dalam tiga doktor terbaik dan diyakini di dunia.

dr noor hisham diiktiraf antara tiga doktor terbaik di dunia

Pengiktirafan ini diberikan oleh sebuah stesen televisyen China, Global TV Network, kepada Datuk Dr Noor Hisham, bersama-sama pakar kesihatan dari Amerika Syarikat, Dr Anthony Fauci, dan juga dari New Zealand, Dr Ashley Bloomfield.

Advertisement

dr noor hisham diiktiraf antara tiga doktor terbaik di dunia

Ketiga-tiga mereka menerima pujian dari masyarakat kerana menjadi sumber maklumat paling dipercayai dan berjaya mengurangkan rasa panik orang ramai di negara masing-masing.

Dr. Noor Hisham, 56, memegang jawatan Ketua Pengarah sejak 2013, dilabel sebagai individu paling dipercayai oleh rakyat Malaysia kerana kekerapannya mengemas kini situasi semasa berkenaan COVID-19 di platform media sosial.

Beliau juga dipuji kerana sentiasa sabar menjawab apa sahaja persoalan yang diajukan wartawan semasa sidang media.

Sumber: Awani

ERA Muzik Hit Terkini