Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pemandu Teksi Mengantuk Sangat, Minta Penumpang Tolong Drive

Menggunakan perkhidmatan teksi sememangnya memudahkan kita untuk bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain. Tetapi bagaimana sekiranya kita sendiri yang kena pandu teksi tersebut?

Seorang penumpang teksi di Thailand, Santiphap Khunchanmee, mengalami pengalaman terbabit apabila diminta untuk duduk ditempat duduk belakang kerana pemandu itu terlalu mengantuk.

Advertisement

pemandu teksi mengantuk sangat, minta penumpang tolong drive

pemandu teksi mengantuk sangat, minta penumpang tolong drive

Dipetik daripada Nextshark, Santiphap berkongsi pengalaman tersebut di laman Facebook nya dengan kapsyen “pengalaman baru menaiki teksi”

Antara perbualan Santiphap dengan pemandu teksi tersebut adalah seperti berikut:

Pemandu teksi: “Saya sudah tidak tahan lagi, saya terlalu mengantuk. Izinkan saya berhenti seketika ditepi dan tidur sebentar”

Santiphap: “Nak saya pandu?”

Pemandu teksi: “Saya harap begitu juga”

Tanpa menolak, Santiphap pandu sendiri teksi tersebut ke destinasi yang dituju dengan tambang penuh sama seperti jika dia jadi penumpang.

Sumber: Nextshark

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini