Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Cyberjaya Bakal Perkenalkan Servis Hantar Makanan Guna Dron

Masa kini ramai yang suka untuk memesan makanan menggunakan servis penghantaran terus ke rumah mahupun pejabat masing-masing. Ia mungkin lebih memudahkan pengguna dan menjimatkan masa serta tenaga.

Terbaru, servis penghantaran makanan ini akan mula berkuatkuasa di negara ini dengan menjadikan Cyberjaya sebagai kawasan ujian.

Advertisement

cyberjaya bakal perkenalkan servis hantar makanan guna dron

Hamdee Hamdan, CEO Average Dron Sdn Bhd berkata, servis penghantaran makanan menggunakan dron ini cuma mengambil masa sekitar 12 minit selepas tempahan dibuat. Syarikat ini akan berkolaborasi bersama syarikat Futurise yang dikelolakan oleh Cyberview dibawah Kementerian Kewangan.

Servis penghantaran menggunakan dron ini ditawarkan sekitar dua kilometer daripada bangunan Futurise di Cyberjaya dan cas penghantaran cuma RM2.50.

Tak sabar rasanya nak tunggu ia diperluaskan dikawasan-kawasan lain pula.

Sumber: Bernama

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini