Sebuah syarikat pembuatan pesawat di Amerika Syarikat (AS), Draganfly telah memperkenalkan teknologi yang berupaya mengesan individu yang mempunyai gejala penyakit berjangkit.

Dron itu berupaya membaca suhu, kadar degupan jantung dan mengukur jarak sosial individu sejauh 58 meter di udara. Malah ia juga berupaya mengesan pergerakan sama ada seseorang itu berdiri atau batuk.
Advertisement

Menerusi ujikaji yang dijalankan, sensor merah dapat mengesan individu yang berada berhampiran antara satu sama lain, dan hijau pula adalah mereka yang patuh kepada penjarakan sosial.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Cameron Shell berkata, teknologi dron ini diharapkan dapat memantau penduduk dan rakyat dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19.
Sumber: The Verge