Baru-baru ini, tular video menunjukkan dua beradik di Brazil yang bergaduh ketika majlis hari jadi kerana berebut untuk meniup lilin, hingga mendapat perhatian dunia.

Video berkenaan menunjukkan kakak, Maria Antonia, meniup lilin pada kek hari jadi adiknya, Angered, hingga mencetuskan perbalahan sesama mereka.
Advertisement

That little girl was about to beat her ass fr. 😂 pic.twitter.com/lJ4hKuVWgX
— tim hell. (@itsTimHell) October 19, 2020
Selepas video mereka tular, mereka telah dijemput oleh sebuah program televisyen, dimana pihak produksi telah menyediakan 500 batang lilin pada kek untuk ditiup dua beradik itu sepuas hati.

Ibu dan bapa kepada dua beradik itu bagaimanapun menyatakan bahawa ia adalah satu perkara normal untuk adik beradik bergaduh sesama sendiri, sambil dikongsikan foto mereka sedang berpelukkan.

Sumber: Domingo Legal & remezcla