Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Dua Biji Telur Dihantar Ke Angkasa Lepas, Tak Pecah Walau Jatuh Ke Bumi

Sekumpulan pelajar sains di sebuah sekolah menengah, yang dikenali sebagai Earth To Sky Calculus, telah menghantar dua biji telur ke angkasa lepas dengan menggunakan belon.

dua biji telur dihantar ke angkasa lepas, tak pecah walau jatuh ke bumi

 Tujuan dua biji telur itu dihantar ke angkasa adalah bagi mengkaji ketahanan kulit telur berkenaan jika ia jatuh daripada angkasa lepas.

Advertisement

Dalam eksperimen terbabit, dua biji telur itu telah mencecah altitud 34 kilometer sebelum belonnya pecah dan telur itu jatuh dan mendarat di kawasan pergunungan Sierra Nevada.

dua biji telur dihantar ke angkasa lepas, tak pecah walau jatuh ke bumi

Menariknya, telur berkenaan tidak pula pecah, menunjukkan bahawa kulit telur mempunyai bahan yang sangat sesuai untuk eksplorasi angkasa.

Kulit telur secara khususnya mempunyai kalsium karbonat yang mempunyai kekuatan tahanan dan suhu tertentu.

Sumber: Facebook Earth to Sky Calculus

ERA Muzik Hit Terkini