Memetik hantaran di Twitter rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dua lagi kes dilaporkan positif koronavirus di Malaysia.

Kes pertama melibatkan warganegara Malaysia, iaitu adik kepada rakyat tempatan berusia 41 tahun dari Selangor. Beliau kini sedang dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.
Advertisement

Manakala satu lagi kes pula adalah dari pelancong warganegara China.

Dua lagi kes positif #novelcoronavirus2019 di negara ini.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) February 6, 2020
1. Warga Malaysia iaitu adik kepada kes pertama rakyat tempatan 41 tahun dari Selangor.
Dia dirawat di HSB Alor Star.
2. Seorang pelancong dari China.
14 kes keseluruhan setakat ini.
Kenyataan rasmi KKM menyusul.
Kenyataan penuh Men. Kesihatan Datuk Seri @DrDzul situasi semasa jangkitan #novelcoronavirus2019
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) February 6, 2020
Wanita dari Sg Petani (adik kpd rakyat Malaysia pertama positif) adalah kes jangkitan drpd manusia kpd manusia yg pertama di negara ini.
Kes positif 14 kes setakat ini. pic.twitter.com/ZLb0DBfIYy
Penambahan dua kes ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia meningkat kepada 14 kes.
Sumber: KKM Putrajaya