Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan dua lagi rakyat Malaysia positif koronavirus (2019-nCoV).
Situasi terkini jangkitan #novelcoronavirus2019 di Malaysia (5 Feb 2020).
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) February 5, 2020
Dua kes baharu positif melibatkan rakyat Malaysia iaitu bapa dan anak yang dibawa pulang dari Wuhan.
Rujuk kenyatan rasmi Men. Kesihatan @DrDzul #WuhanCoronovirus #2019nCoV pic.twitter.com/UCxCbSCwOQ
Kedua-dua mereka yang berusia 45 dan 9 tahun adalah antara individu yang dibawa pulang ke tanahair dari Wuhan, China pada 4 Februari lalu.
Advertisement
Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, kedua-dua beranak itu kini sedang dirawat di wad berasingan di Hospital Tuanku Ja'far, Seremban dan berada dalam keadaan baik.
“Sehubungan itu, dari 10 Januari 2020 sehingga 5 Februari 2020 jam 10 pagi, jumlah kumulatif kes PUI (pengesanan kes yang disyaki) jangkitan 2019-nCoV adalah 257 orang, di mana 161 adalah warganegara Malaysia, 91 warga China dan masing-masing satu warganegara Australia, Korea, Jordan, Brazil dan Thailand.
“Lima kes telah disahkan positif 2019-nCoV , 235 negatif, dan 17 kes masih menunggu keputusan makmal,” katanya dalam sidang media.
Penambahan dua kes ini menjadikan jumlah keseluruhan 12 kes dicatatkan di Malaysia dengan satu daripadanya telah pulih.
Sumber: Awani