Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Gara-Gara Tak Bagi Laluan, Dua Lelaki Tak Puas Hati Bertumbuk Di Tepi Jalan Raya

Baru-baru ini, dua lelaki bergaduh dan bertumbuk di tengah jalan raya selepas salah seorang daripada mereka menghalang laluan.

Malah, individu tersebut enggan memberi laluan kepada beberapa motosikal untuk meneruskan perjalanan di Persiaran Kerjaya Glenmarie, Seksyen U1 pada Isnin.

Advertisement

gara-gara tak bagi laluan, dua lelaki tak puas hati bertumbuk di tepi jalan raya

Video berdurasi 22 saat jelas memaparkan kedua-dua lelaki berkenaan bertumbuk berdekatan pembahagi jalan di laluan yang sesak tersebut sebelum orang awam meleraikan mereka.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, pihaknya mengesahkan penunggang motosikal ada membuat laporan berhubung kejadian tersebut.

"Siasatan awal mendapati pada 13 Jun sekitar jam 7.15 petang berlaku pertengkaran mulut apabila suspek seorang lelaki tempatan berumur 29 tahun yang menaiki kereta jenis Naza Ria enggan mengetepikan keretanya.

"Keadaan itu menyebabkan motosikal mangsa dan penunggang yang lain tidak dapat meneruskan perjalanan.

"Pertengkaran mulut berlaku disusuli dengan pergaduhan akhirnya dileraikan oleh orang ramai," katanya.

gara-gara tak bagi laluan, dua lelaki tak puas hati bertumbuk di tepi jalan raya

Tambahnya, kedua-duanya lelaki berkenaan akhirnya bersetuju untuk berbaik dan menyelesaikan perkara tersebut serta mangsa telah menarik balik laporan polis berkenaan.

"Mangsa dan suspek telah dipanggil untuk membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian tersebut. Pengadu juga telah buat laporan polis untuk tarik balik laporan yang dibuat sebelum ini," katanya.

Sumber: Sinar Harian
 

ERA Muzik Hit Terkini