Sebuah syarikat rekabentuk dari Itali, Avio Interiors telah mendedahkan dua rekaan yang akan digunakan dalam pesawat penerbangan komersial, bagi pasca wabak COVID-19.

Dikenali sebagai Glassafe dan Janus, dua rekaan ini akan dicadangkan kepada syarikat penerbangan untuk digunakan bagi meminimakan kes jangkitan penyakit berjangkit ketika dalam penerbangan.
Advertisement
Rekaan pertama iaitu Glassafe, menggunakan pembahagi lutsinar antara penumpang disebelah, dan dipasang pada bahagian kepala kerusi dalam pesawat.

Ia dicipta menggunakan bahan lutsinar dan ringan, bertujuan mengurangkan kontak atau hubungan terus melalui udara antara penumpang dalam pesawat, sekaligus dapat mengelakkan kes jangkitan.

Rekaan kedua yang dikenali sebagai Janus, adalah menggunakan konsep rekaan kerusi yang disusun secara berselang-seli menghadap ke hadapan dan ke belakang, dan dipasangkan juga bersama pembahagi lutsinar diantara kerusi penumpang.

Dengan dua rekaan ini, pihak syarikat berharap ia boleh membantu syarikat penerbangan untuk kembali beroperasi dengan baik selepas tamatnya wabak COVID-19.
Sumber: Mirror UK