Pesawat yang membawa 107 rakyat Malaysia telah tiba dari Wuhan, awal pagi tadi dan dihantar terus untuk ujian saringan kesihatan.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) February 4, 2020
Bagaimanapun, dua daripada 107 individu ini tidak melepasi ujian saringan kesihatan berkenaan dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.
Advertisement
Selebihnya dibawa menaiki bas ke Pusat Pemantauan di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) di Nilai, Negeri Sembilan.
Rakyat Malaysia yang selesai menjalani saringan kesihatan di Unit Kecemasan Udara (ADU) dibawa menaiki bas khas ke Pusat Pemantauan.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) February 4, 2020
Semua proses ini dilakukan mengikut SOP langkah pencegahan dan kawalan infeksi yang diawasi ketat kakitangan KKM dan Pasukan Bomba & Penyelamat. pic.twitter.com/ZNKoMqILJW
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) juga memaklumkan, daripada 107 individu itu, 88 adalah rakyat Malaysia manakala 19 lagi adalah pasangan serta anak-anak mereka yang bukan warga negara.
Dalam perkembangan lain, KKM telah mengesahkan dua lagi kes positif koronavirus di Malaysia menjadikan ia kes ke-10 dinegara ini.
Dua kes baharu positif #novelcoronavirus2019 di negara ini, salah satu kes itu melibatkan warga Malaysia.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) February 4, 2020
Warga Malaysia itu pernah menghadiri mesyuarat di sebuah negara jiran yang turut dihadiri peserta dari China.
KKM telah melakukan contact tracing ahli keluarga
dan kenalan rapat lain untuk pengawasan rapat.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) February 4, 2020
KKM juga memaklumkan kpd pihak berkuasa negara jiran untuk dilakukan contact tracing.
Seorang lagi yang disahkan positif ialah warga China.
Malaysia catat 10 kes positif, setakat ini. #2019nC0V
Sumber: Awani