Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Dua Varian Utama Di China Dikesan Di Malaysia

dua varian utama di china dikesan di malaysia

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan dua varian covid-19 iaitu BA.5.5 dan juga BF.7 yang merupakan varian yang semakin menular di China ketika ini telah dikesan di Malaysia. Penemuan ini pada 16 Mac dan 21 Ogos yang lepas.

Advertisement

Bagi kes pertama bagi BF.7 yang dikesan pada 21 Ogos merupakan kes jangkitan tempatan, manakala kes kedua pada 6 Sept (kes import jangkitan dari Turkiye), dan kes ketiga pada 7 Okt merupakan kes jangkitan tempatan.

Penularan varian BA.5.2 adalah sekitar pada bulan September-Oktober 2022 dan kebanyakannya dikesan di negara seperti England, China dan Amerika Syarikat. Manakala bagi varian BF.7 pula ianya banyak di kesan di negara seperti Belgium, England Denmark dan China.

Dr Noor Hisham memberitahu setakat 31 Disember 2022, 4148 kes covid-19 di negara ini dikesan mempunyai varian BA.5.2 dan tiga kes dijangkiti BF.7.

Sumber: Bernama

ERA Muzik Hit Terkini