Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Terus Meningkat, Dunia Kini Catat Angka Lebih 600 Ribu Positif Wabak COVID-19

Jumlah kes jangkitan COVID-19 terus meningkat dengan jumlah semasa seramai 614,231 kes.

terus meningkat, dunia kini catat angka lebih 600 ribu positif wabak covid-19

Daripada jumlah itu, sebanyak 28,240 kes dilaporkan maut, manakala 137,328 kes dilaporkan pulih.

Advertisement

Penambahan sebanyak lebih 100 ribu kes hanya mengambil masa 3 hari sejak jumlah kes akhir pada 25 Mac lalu mencatatkan jumlah sebanyak 468,156 kes positif COVID-19.

Amerika Syarikat menjadi negara paling ramai dijangkiti wabak berkenaan dengan jumlah semasa sebanyak 104,256 kes positif COVID-19, diikuti Itali, China dan Sepanyol.

terus meningkat, dunia kini catat angka lebih 600 ribu positif wabak covid-19

Berikut adalah antara negara paling tinggi jumlah kes harian setakat ini:

terus meningkat, dunia kini catat angka lebih 600 ribu positif wabak covid-19

Dalam perkembangan lain, Malaysia mencatatkan jumlah keseluruhan kes sebanyak 2,320 kes dengan jumlah mangsa pulih sebanyak 320, manakala mangsa maut pula seramai 27 kes.

Sumber: Coronatracker

ERA Muzik Hit Terkini