Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kenali Anak Kucing Ada Dua Muka Yang Kini Sudah Berusia 4 Bulan

Seekor anak kucing berwarna hitam telah menarik perhatian ramai kerana mempunyai dua wajah pada kepalanya.

kenali anak kucing ada dua muka yang kini sudah berusia 4 bulan

Dikenali dengan nama Duo, anak kucing ini telah ditinggalkan ibunya kerana dilahirkan cacat atau dikenali sebagai diprosopus.

Advertisement

Duo yang mempunyai dua muka, dua mulut, dua hidung dan 4 mata telah hidup dengan sihat dan baik, kecuali mata tengahnya sahaja buta.

kenali anak kucing ada dua muka yang kini sudah berusia 4 bulan

Diselamatkan oleh seorang doktor haiwan, Dr. Ralph Tran, beliau telah memastikan Duo hidup biarpun kebiasaannya kucing yang lahir dalam keadaan sedemikian mempunyai peluang hidup yang sangat tipis.

Duo mempunyai saiz yang sangat kecil berbanding kucing normal, namun perangainya adalah sama seperti kucing-kucing lain.

kenali anak kucing ada dua muka yang kini sudah berusia 4 bulan

Kini Duo sudah mencapai usia 4 bulan dan untuk rekod kucing yang mempunyai dua wajah seperti ini pernah mencapai usia hidup sehingga 15 tahun iaitu kucing Frank and Louie.

kenali anak kucing ada dua muka yang kini sudah berusia 4 bulan

kenali anak kucing ada dua muka yang kini sudah berusia 4 bulan

ERA Muzik Hit Terkini