Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Durian Bakar Jadi Rebutan Masyarakat Medan, Kaedah Pelik Untuk Nikmati Raja Buah

Buah durian merupakan buah yang paling digemari rakyat Malaysia dan mudah untuk dinikmati dengan makan sebegitu sahaja sebaik buka tetapi lain pula bagi penduduk di Medan, Indonesia.

durian bakar jadi rebutan masyarakat medan, kaedah pelik untuk nikmati raja buah

Advertisement

Penduduk di Medan, Indonesia mempunyai kaedah mereka tersendiri untuk menikmati raja buah dengan membakarnya dahulu.

Memetik laporan Antara News, kaedah ini ditemui seorang penjual durian, Patar Siahaan setahun lalu ketika pulang daripada melawat rakannya di Pulau Jawa.

“Rasa isi durian lebih sedap apabila dibakar malah ada yang memberitahu, durian bakar mampu kurangkan kandungan kolesterol serta gula dalam buah.

durian bakar jadi rebutan masyarakat medan, kaedah pelik untuk nikmati raja buah

“Saya akan membakar durian yang belum dikupas di atas api selama 10 minit sebelum isinya dikeluarkan dan diberi kepada pelanggan,” katanya.

Malah, kaedah ini boleh menyebabkan bau yang lebih kuat akan terhasil di dalam mulut kerana isi durian yang dibakar berbeza dengan isi segar yang dimakan begitu sahaja.

durian bakar jadi rebutan masyarakat medan, kaedah pelik untuk nikmati raja buah

Setakat ini, harga durian bakar dijualnya hanya sekitar 30,000 rupiah (RM8) hingga 70,000 rupiah (RM20) bergantung saiz raja buah itu.

Sumber: Antara News

ERA Muzik Hit Terkini