Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Berhibur Secara LIVE Dari Rumah Masing-Masing Hari Ni Jam 9 Malam!

ERA Digital Muzik Awards (EDMA) 2020 bakal menemui peminat secara terus daripada rumah masing-masing menerusi peranti mudah alih hari ini, 27 Januari 2021, jam 9 malam, menerusi Facebook Live, YouTube dan Instagram ERA.

EDMA 2020 bakal memberi pengiktirafan kepada penyanyi dan selebriti tempatan yang telah menghiburkan peminat-peminat ERA sepanjang tahun 2020, menerusi 6 buah kategori termasuk Artis Baru Baek, Lagu Featuring Hit, Lagu Viral Onz, Fan Club Paling Ngam, dan dua kategori baharu, Artis Norma Baharu dan Influencer PKP ERA.

Advertisement

Selain itu, peminat ERA juga boleh terus berhibur dengan persembahan daripada penyanyi-penyanyi terhebat tanah air seperti Shiha Zikir, Neeta Manishaa, Harith Zazman, Loca B, Tuju, Yonny Boi, Asyraf Nasir dan Azzam Sham.

berhibur dari rumah, siapa bakal bawa pulang trofi era digital muzik awards tahun ni?

Undian EDMA 2020 telah dibuka kepada para peminat bermula 28 Disember hingga 18 Januari lalu dan peminat diberi seratus peratus kuasa untuk memilih pemenang pada setiap kategori yang dipertandingkan.

Siapa agaknya yang akan bawa pulang trofi #EDMA2020 tahun ini? Nantikan pada  jam 9 malam ini, menerusi Facebook Live, YouTube dan Instagram ERA ok!

ERA Muzik Hit Terkini