Skip to main content

Advertisement

Hiburan

KKM Nasihat Orang Ramai Elak Guna Tandas Awam Kotor

Bagi mengelakkan terkena jangkitan COVID-19, orang ramai dinasihatkan agar tidak menggunakan tandas awam yang kotor.

kkm nasihat orang ramai elak guna tandas awam kotor

Ia berikutan saranan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang juga menasihatkan agar masyarakat perlu sentiasa mengutamakan kebersihan diri memandangkan jangkitan boleh berlaku dikawasan tertutup dan tidak bersih.

Advertisement

“Kita nasihatkan kepada semua supaya mengambil tindakan iaitu meningkatkan kebersihan diri.

“Kalau tandas awam itu kotor, kalau boleh jangan guna tandas awam tersebut. Pilihan atas kita tetapi kita juga (mahu) memastikan para majikan yang mengelola tandas awam tersebut untuk sentiasa melaksanakan tindakan-tindakan kebersihan nyah kuman dan nyah kebersihan di kawasan tersebut.

“Ini penting sebab jangkitan boleh berlaku di tempat yang tertutup dan kawasan-kawasan yang tidak bersih,”, kata Dr Noor Hisham dalam sidang media harian, semalam.

Beliau juga berkata, kerjasama semua pihak adalah sangat penting dalam mencegah penularan wabak jangkitan COVID-19 ini dimasa akan datang.

Sumber: Awani

ERA Muzik Hit Terkini