Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Elak Berhimpun Dalam Masa Enam Bulan Hingga Setahun Akan Datang - KKM

Meskipun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih belum ditentukan sama ada dilanjutkan ataupun sebaliknya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menasihatkan orang ramai agar tidak menyertai sebarang bentuk perhimpunan dalam tempoh enam bulan hingga setahun akan datang.

elak berhimpun dalam masa enam bulan hingga setahun akan datang - kkm

"Walaupun belum tahu sama ada PKP ada akan tamat atau tidak, tetapi amalan kita sudah kita ubah... bukan norma biasa lagi (seperti dahulu). Sebagai contoh, kita mengamalkan penjarakan selamat termasuk tidak bersalam selain kerap basuh tangan.

Advertisement

"(Selain itu) perhimpunan pula... dalam tempoh enam bulan hingga setahun kita tidak mengalakkan langsung perhimpunan membabitkan orang yang ramai," kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah kerana ia adalah bagi mengelakkan berlakunya jangkitan COVID-19 dimasa akan datang.

Selain itu, penganjuran bazar Ramadan pula memerlukan idea kreatif dan inovasi tersendiri seperti penghantaran makanan ke rumah ataupun e-bazar Ramadan secara atas talian.

akibat covid-19, tiada lagi bazar ramadan di selangor tahun ini¬¬

PKP fasa kedua akan berakhir pada 14 April dan masih belum ada sebarang keputusan daripada kerajaan sama ada mahu meneruskannya PKP atau sebaliknya.

Sumber: Awani

ERA Muzik Hit Terkini