Individu paling kaya di dunia, Elon Musk dinobatkan sebagai 'Person Of The Year' 2021 oleh majalah TIME.
Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Inc mengetuai syarikat roket SpaceX dan Neuralink, untuk pembangunan antaramuka jentera otak jalur lebar ultra tinggi bagi menghubungkan manusia dengan komputer.
Advertisement

Pelbagai pencapaian seperti siri misi angkasa menjadikannya individu yang begitu layak untuk mendapat gelaran yang diberikan majalah terkenal yang berpengkalan di New York, Amerika Syarikat.
Elon Musk (@elonmusk) is TIME's 2021 Person of the Year #TIMEPOY https://t.co/8Y5BhIldNs pic.twitter.com/B6h6rndjIh
— TIME (@TIME) December 13, 2021
Setakat ini, sebanyak AS$297 bilion jumlah nilai bersih bagi kekayaan Musk dicatatkan sekaligus menempatkannya di tangga pertama individu paling kaya didunia, diikuti pengasas Amazon, Jeff Bezos (AS$201.7 bilion) dan pemilik rangkaian jenama mewah LVMH, Bernard Arnault (AS$189.1 bilion).
Sumber: Awani