Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Elon Musk Catat Nilai Kekayaan Melebihi RM1 Trilion, Paling Tinggi Di Dunia

Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk mencatat anggaran nilai bersih aset kepada lebih AS$304 bilion (RM1.27 trilion) berbanding sebelum ini.

Malah, AS$30 bilion (RM125.7 bilion) nilai kekayaannya meningkat susulan kenaikan 13 peratus harga saham Tesla dalam dagangan.

Advertisement

elon musk catat nilai kekayaan melebihi rm1 trilion, paling tinggi di dunia

Menurut majalah  berita Forbes, nilai bersih aset Elon Musk sebelum ini melebihi AS$300 bilion (RM1.257 trilion) iaitu pada November tahun lalu.

Lebih mengejutkan, beliau adalah orang pertama dalam sejarah yang mencapai kejayaan tersebut.

elon musk catat nilai kekayaan melebihi rm1 trilion, paling tinggi di dunia

Selain itu, firma fesyen Perancis LVMH, Bernard Arnault menduduki tempat kedua dalam senarai Forbes, diikuti oleh Ketua Pegawai Eksekutif Amazon, Jeff Bezos di tempat ketiga. 

Kira-kira AS$1.2 trilion (RM5.03 trilion) nilai pasaran Tesla dicatatkan berikutan kenaikan  saham terbarunya.

Sumber: New York Post
 

ERA Muzik Hit Terkini