Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Empat Negeri Catat Penurunan Kemasukan Pesakit COVID-19 - YB Khairy Jamaluddin

Trend kemasukan pesakit dalam hospital menunjukkan penurunan di negeri-negeri yang meliputi penerima dos lengkap melebihi 50 peratus seperti Lembah Klang, Negeri Sembilan, Labuan dan Sarawak. 

empat negeri catat penurunan kemasukan pesakit covid-19 - yb khairy jamaluddin

Advertisement

Ia menunjukkan keberkesanan pemberian vaksin Covid-19 kepada situasi di hospital ketika ini.

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, beliau memaklumkan lebih 53 peratus penurunan kemasukan pesakit Covid-19 di Hospital Sungai Buloh dapat dilihat berbanding pada awal Ogos lalu.

“Bagi Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang terdapat penurunan sebanyak 44 peratus bermula awal Ogos selepas sebulan aktiviti vaksinasi dipertingkatkan di Lembah Klang.

empat negeri catat penurunan kemasukan pesakit covid-19 - yb khairy jamaluddin

“Sehubungan itu, saya ingin menjelaskan dan menegaskan bahawa vaksin Covid-19 digunakan dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah berkesan terutamanya dalam mengurangkan risiko komplikasi jangkitan yang teruk,” katanya.

Tambahnya, beliau menyeru masyarakat agar mendapatkan vaksin COVID-19 bagi melindungi diri dan orang sekeliling serta mematuhi prosedur operasi standard yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

 

 

ERA Muzik Hit Terkini