Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Enam Anggota Polis Positif COVID-19 Ketika Jalankan Tugas

Seramai enam anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaporkan sah positif COVID-19, manakala 335 lagi sedang menunggu saringan kesihatan.

Pengesahan dibuat sendiri oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Advertisement

enam anggota polis positif covid-19 ketika jalankan bertugas

"Penjelasan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu begitu jelas menunjukkan bahaya ini bukan satu lakonan, ianya realistik boleh menjangkiti setiap warga PDRM. Ketika ini sudah enam orang positif dan ada 335 keluarga PDRM dibawah Patient Under Investigation (PUI). PDRM terpaksa mengambil risiko sehingga hari ini," katanya pada Awani.

Beliau turut menegur sikap segelintir masyarakat yang ingkar kepada arahan untuk terus kekal berada dalam rumah dan tidak keluar sesuka hati.

Masyarakat amnya harus bekerjasama bagi membantu menurunkan jumlah jangkitan pandemik COVID-19.

Untuk perkembangan lain berkenaan Covid-19, dapatkan maklumat terkini di sini.

Sumber: Awani

ERA Muzik Hit Terkini