Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Ada Satu Episod Pokemon Yang Jadi Punca 700 Kanak-Kanak Masuk Hospital

Animasi Pokémon merupakan antara siri animasi yang amat dikenali ramai sekitar awal tahun 2000.

ada satu episod pokemon yang jadi punca 700 kanak-kanak masuk hospital

Advertisement

Siri Pokémon ini pernah ditayangkan dikaca TV dan menjadi ikutan ramai, khususnya kanak-kanak dan remaja. Namun begitu, terdapat satu episod yang telah di ‘banned’ kerana ia menyebabkan sejumlah kanak-kanak di Jepun masuk ke hospital.

Episod yang bertajuk “Electric Soldier Porygon” telah menyebabkan lebih daripada 700 kanak-kanak di Jepun masuk ke hospital kerana muntah, loya, pening serta pengsan kerana cahaya terang yang dipancarkan akibat daripada episod tersebut.

ada satu episod pokemon yang jadi punca 700 kanak-kanak masuk hospital

Cahaya jenis merah-biru yang menyala terang telah menghasilkan efek yang dikenali sebagai “paka paka”, menyebabkan kanak-kanak menjadi pening-pening dan mual. Akibatnya, rating Pokémon merundum kerana ramai ibu dan bapa di Jepun memboikot animasi ini.

Amaran: Jangan tonton babak ini jika anda rasa anda tidak mampu menahan efek cahaya silau.

Sumber: AV TV Club

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini