Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Akibat COVID-19, UEFA Terpaksa Tunda Euro 2020 Selama Setahun

Ekoran daripada penularan wabak COVID-19, The UEFA European Football Championship telah mengumunkan penangguhan EURO 2020 selama 12 bulan.

akibat covid-19, uefa terpaksa tunda euro 2020 selama setahun

Advertisement

Kejohanan yang dijadualkan berlangsung dari 12 Jun sehingga 12 Julai, merentasi 12 buah negara termasuk England, Scotland, dan Ireland.

“Uefa mengambil keputusan bahawa Euro perlu ditangguh sehingga 2021. Ia akan dimulakan dari 11 Jun hingga 11 Julai tahun depan.”, tulis Twitter Norwegian FA.

UEFA dalam satu kenyataan rasmi turut menunda kesemua perlawanan termasuk perlawanan persahabatan antara kelab dan kebangsaan bagi lelaki dan wanita sehingga notis seterusnya diumumkan.

Keputusan ini adalah selepas satu perbincangan antara komiti UEFA dan sekretari daripada 55 pertubuhan kebangsaan.

Satu tarikh yang menjadi cadangan bagi UEFA EURO 2020 adalah pada 11 Jun sehingga 11 Julai 2021.

Untuk perkembangan lain berkenaan Covid-19, dapatkan maklumat terkini di sini.

Sumber: UEFA

ERA Muzik Hit Terkini