Baru-baru ini sidang media mengenai perkembangan Faisal Halim telah dilakukan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar.
Menerusi sidang media tersebut, Faisal Halim, telah dipindahkan ke wad biasa untuk meneruskan proses pemulihan di hospital.
Advertisement
Selepas menjalani tiga pembedahan di hospital swasta di Shah Alam, Faisal yang awalnya dalam keadaan kritikal kini semakin ceria dan menunjukkan perkembangan positif.
Shahril juga menyatakan Faisal kini mempunyai selera makan dan teringin untuk makan nasi kandar, menandakan perkembangan positif dalam pemulihannya.
Semoga ada perkembangan positif lagi untuk Hero Harimau Malaya kita, Faisal Halim.
Sumber Stadium Astro