Selepas melakukan penggabungan Direct Message dengan Messenger untuk kedua-dua aplikasi Facebook dan Instagram, kini fungsi Stories pula akan disatukan.

Menerusi laporan, meskipun anda tidak menghubungkan akaun Facebook dengan akaun Instagram, ada pengguna yang boleh melihat hantaran IG Stories anda pada aplikasi Facebook.
Advertisement

Ia bermakna, pengguna Facebook yang juga mengikut anda di Instagram akan dapat melihat segala hantaran anda di IG Stories, menerusi aplikasi Facebook.
Sebaliknya, jika rakan Facebook anda itu tidak mengikuti anda di Instagram, maka dia tidak boleh melihat hantaran berkenaan, menerusi update terbaru oleh syarikat gergasi sosial media itu.
Apa yang membezakan IG Stories dengan FB Stories adalah warna pada bulatan imej profil, iaitu pink-oren untuk IG Stories, manakala biru untuk FB Stories.
Buat masa ini, fungsi berkenaan masih lagi dalam proses ujian dan akan diperluaskan kepada ramai pengguna lain tidak lama lagi.
Kemaskini tersebut adalah sebagai salah satu rancangan syarikat berkenaan untuk menyatukan Facebook, Instagram dan juga WhatsApp.
Sumber: The Sun