Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Fenomena Ekuinoks, Peristiwa Tengahari Tanpa Bayang Di Garisan Khatulistiwa Berlaku Esok

Fenomena Ekuinoks akan berlaku di seluruh dunia dengan keadaan matahari berada betul-betul di paras garisan Khatulistiwa selama sehari bermula pukul 3.21 pagi, pada Khamis.

Ketika peristiwa ini berlaku, bumi dan matahari berada pada jarak paling dekat dalam sistem solar.

Advertisement

fenomena ekuinoks, peristiwa tengahari tanpa bayang di garisan khatulistiwa berlaku esok

Menurut kenyataan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, peristiwa ini akan terjadi dengan masa siang dan malam sama panjang iaitu masing-masing selama 12 jam.

“Bagi kawasan yang betul-betul berada di atas garisan Khatulistiwa seperti di Pontianak, Indonesia dan Quito, Ecuador akan mengalami peristiwa tengah hari tanpa bayang.

fenomena ekuinoks, peristiwa tengahari tanpa bayang di garisan khatulistiwa berlaku esok

“Ini kerana matahari akan berada betul-betul tegak di atas kepala pada waktu tengah hari di kawasan-kawasan tersebut semasa berlakunya Ekuinoks,” katanya.

Sumber: Planetarium Negara
 

ERA Muzik Hit Terkini