Skip to main content

Advertisement

Hiburan

“Gegelung Cincin” Muncul Di Langit, Fenomena Halo Matahari Undang Perhatian Orang Ramai

Fenomena Halo Matahari menarik perhatian orang ramai apabila kejadian itu berlaku pada tengahari tadi. 

Ia dilihat dengan jelas seakan gegelung cincin sedang mengelilingi matahari seperti lingkaran pelangi.

Advertisement

“gegelung cincin” muncul di langit, fenomena halo matahari undang perhatian orang ramai

Kesemua penduduk negeri di Semenanjung Malaysia dapat melihat fenomena ini dan difahamkan ia diselaputi awan nipis atau dikenali sebagai awan cirrucumulus (komulus awan)

Fenomena ini juga terjadi disebabkan cahaya Matahari melalui hablur ais berbentuk heksagon yang terdapat pada awan Sirus.

“gegelung cincin” muncul di langit, fenomena halo matahari undang perhatian orang ramai

Cahaya akan terhasil pada suatu sudut sehingga munculnya lingkaran cahaya yang mengelilingi Matahari.

Seorang jurugambar sambilan, Fuad Nizam yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan sempat merakamkan fenomena itu dengan lensa kameranya.

Perkongsian fenomena halo matahari ini memberikan gambaran yang jelas betapa indahnya kejadian semulajadi ini yang berlaku kira-kira 10.15 pagi sehingga tengahari pada Isnin.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Fuad Nizam (@itsfuadnizam)

Kredit Foto Fuad Nizam

ERA Muzik Hit Terkini