Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Fenomena Ikan Bilis Naik Ke Darat Gempar Penduduk Tempatan, Nelayan Ambil Peluang Penuhi Kawasan Pantai

Fenomena yang mengejutkan penduduk tempatan dipercayai melanda bahagian Selatan pantai di Jogjakarta menjadi tumpuan media tempatan Indonesia.

Menurut perkongsian di laman Instagram Dinas Kelautan dan Perikanan, kejadian itu dilihat seolah ikan bilis berebut-rebut naik ke bahagian darat, pada Selasa.

Advertisement

fenomena ikan bilis naik ke darat gempar penduduk tempatan, nelayan ambil peluang penuhi kawasan pantai

Video tular itu juga memaparkan sekumpulan penduduk tempatan yang menggunakan jaring, sauk dan pelbagai perkakasan lain untuk menangkap ribuan ikan bilis bersaiz besar berkenaan.

Penduduk tempatan itu bertindak pantas untuk menangkap ikan bilis setelah fenomena itu melanda di kawasan mereka.

“Ini di lagun selatan, tak perlu jauh-jauh… Teri (ikan bilis), bro …,” katanya.

fenomena ikan bilis naik ke darat gempar penduduk tempatan, nelayan ambil peluang penuhi kawasan pantai

Malah, ada juga sebilangan penduduk tempatan berdekatan pantai mengambil kesempatan itu untuk menangkap ikan bilis yang banyak terperangkap di sudut batu pantai dan di gigi air.

Difahamkan, fenomena ini dilihat jarang berlaku dan penduduk menganggap ia suatu rezeki untuk dibawa pulang ke rumah tetapi timbul juga persoalan sekiranya ia merupakan petanda awal tentang kemungkinan bencana alam yang datang dari laut.

Menurut Agensi Dislautkan, pihaknya memaklumkan terdapat tiga faktor yang menyebabkan ikan bilis di kawasan perairan berkenaan berperilaku pelik iaitu perubahan drastik suhu air laut, pertumbuhan alga dan plankton serta arus dan gelombang yang tinggi.

Sumber: [1] [2]

ERA Muzik Hit Terkini